Tuesday, 29 September 2015

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


(1) Pemeliharaan Alam Sekitar.
  • Perbuatan memelihara,pembelaan dan perawatan.

(2) Pemuliharaan Alam Sekitar.
  •  Proses usaha dan perbuatan memulihara sesuatu.

 Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar.
  • Mengelakkan daripada suhu bumi meningkat.
  • Mendapatkan bekalan air bersih yang tidak tercemar.
  • Menghindarkan daripada pemanasan global.
  • Mengelakkan daripada kepupusan flora dan fauna.

Kaedah yang digunakan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
  •  Penubuhan Jabatan Alam Sekitar(JAS) adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. 
  •  Dasar Alam Sekitar telah diwujudkan bagi menjadikan Malaysia sebagai tempat yang selamat dihuni,bersih dan juga sihat. 
  • Jabatan Alam Sekitar(JAS) berperanan mengadakan kempen mengenai alam sekitar di seluruh Malaysia. 
  •  Kerajaan juga telah mewujudkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan undang-undang bersampingan dengan menetapkan supaya penilaian kesan alam sekitar,penilaian awal tapak projek dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan.
  •  Aktiviti-aktiviti berhubung dengan perkilangan dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Ketua Kualiti Alam Sekitar sebelum melaksanakan projek

        Langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar.
  Untuk menyelamatkat alam sekitar daripada bahaya pencemaran,kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.Langkah-langkahnya yang perlu diambil iaitu :-
  • Tidak boleh membakar sampah dikawasan yang terbuka  
  • Menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun daripada kilang-kilang dan kenderaan. 
  •  Membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan.
  •  Mengawal aktiviti pembinaan perlombongan dan pembalakan.
  • Memberikan kempen kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
  • Menjalankan kitar semula bahan-bahan buangan.


(1) Tong sampah berwarna biru.
  • Kegunaan : Kertas
  • Semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar,majalah,buku,helaian kertas katalog,risalah,kalendar,kad,sampul surat dan kotak kadbod
  • Tidak termasuk kertas tisu,kertas karbon,kertas minyak/aluminium,kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor


(2) Tong sampah berwarna coklat.
  • Kegunaan : Kaca
  • Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan,balang makanan,botol vitamin dan botol kosmetik
  • Tidak termasuk kristal,cermin,cermin tingkap,skrin kenderaan,porselin,seramik,logam,peralatan makmal dan balang atau botol bahan toksik

    (3) Tong sampah berwarna jingga.

    • Kegunaan : Tin aluminium,tin keluli dan plastik
    • Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan 
    • Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli belah,botol minuman,botol air mineral,bekas makanan,botol cecair pencuci dan botol vitamin
    • Tidak termasuk bekas cat,bekas bahan toksik,peralatan makmal dan bekas styrofom

    No comments:

    Post a Comment